New Gmail Tips !

Sedang saya dok berbalas email untuk tiket kapal terbang yang bermasalah ni, saya terpandang tulisan color merah mak ngah tulis, New Gmail Tips!... Mula-mula saya buat tak tahu saja tengok, tapi otak saya cakap"Oiii klik lah woiiii"..maka, saya dengan ringan tangan pun klik ke tulican merah mak ngah itu.. So, saja nak share dengan kawan-kawan sekalian yang ada akaun gmail jeng-jeng-jeng:-


Become a Gmail Ninja: Huii kenapa ni? nak suruh kita jadi Ninja sentap kat segala email ke?...Hehehehe sebenaranya Ninja ni menunjukkan orang yang cepat, tangkas dan bijak. Sesuai dengan objektif tips ini untuk belajar tips dan trick menjimatkan masa dalam beremail, meningkatkan produktiviti dan mengatur email dengan lebih efisien...(skemanye ayatku, well daku translate aje)

Kenapa sampai 4 Ninja ni?.. Ini sebenarnya kategori berapa banyak email yang anda akan terima setiap hari:-



  • White Belt: Adalah dua tiga email tiap hari (sayalah tu)

  • Green Belt: Yang ni kuat sikit dapat email dalam dozenlah

  • Black Belt:Yang ni macam kaunter pertanyaanlah dapat banyak email tiap-tiap hari
  • Master Belt: Yang ni yang paling otai dapat email beribu ke tiap hari
Ada beberapa 'features' yang menarik perhatian saya... saya cerita sikit-sikit jelah kang tidur pulak korang.. Ok antara sebab musabab yang menarik ialah:


Organize E-mail dengan Label

Tengok gambar pun korang mesti dah faham kan? Kita boleh tandakan mana yang penting, mana yang urgent, mana yang penjahat ke bagi message... Senang nak tengok sebab ada color kan Joned kan?


Balas Email dengan Chat
Kadang-kadang kita send email ada yang sangat 'urgent' dan perlukan jawapan time-time tu jugak, kalau kita nak reply kan leceh, dengan adanya Reply by Chat (of courselah dua pihak kena online) kita akan terus membalas dengan lajunya atau sebaliknya bagi pihak yang kita send email tersebut.


Boleh Buat Theme sendiri!

Seronok kan boleh tukar-tukar theme, bukan blog sahaja boleh tukar, tapi email pun boleh... So nak email pun seronok takdelah tidur je.. Ini saya punya ngeh ngeh ngeh...bangga sekejap...


See, saya ngada-ngada lagi tukar layout, tapi bukan layout sahaja, cuba fokuskan yang button color-color tu, saya dah 'organize' sikit email saya, bila nak cek balik senang, tak payahlah mata nak berpinar baca. Mudah-mudah....
Ini baru sikit saja, ada banyak lagi tips-tips yang menarik, korang explorelah sendiri yek!

0 komentar: